''Ujian itu adalah tarbiyah hidup. Malah, dengan ujian itulah kita mengenal erti kehidupan. Ketahuilah bahawa ujian itu tanda Allah SWT menyayangi diri kita. Oleh itu, Dia menurunkan sedikit ujian agar kita tidak terus tersesat di dalam kegelapan dan alpa dengan kesenangan hidup. Ketika Dia menghulurkan cahaya kegemilangan-Nya dikala kesusahan, sambutlah ia dengan penuh mesra sambil mengucapkanalhamdulillah.''....
aku terdiam sejenak sambil merenung kata-kata yang abang ku unggkapkan tadi..kini,aku sedar.memang betul apa yang diperkatakan oleh abang ku itu.tapi,aku tidak tahan lagi...aku masih juga memirkirkan tentang dugaan ku itu.aku menangis......aku tidak tahan! aku tidak setabah sumayyah! aku lemah! setiap hari,setiap masa...ujian itu tetap mengejarku,walau aku terus berlari namun dia tetap dapat mengejarku..
kini,aku rebah di dataran dugaan..aku cuba bangkit namun aku tersungkur lalu jatuh kembali..aku masih ingat lagi kata-kata abang kesayangan ku..''adik,kalau adik ada masalah ceritalah kepada sesiapa yang adik boleh percayai,abang min tau adik ada masalah tersendiri..kalau adik tak kisah abang min sudi mendengarnya..tapi mungkin abang min tak boleh selesaikan masalah adik tu dengan sempurna sebab abang min tak memahami sangat perasaan seorang perempuan ni...bukan abang min tak nak tolong tapi adik faham-fahamlah ye..adik kan duduk dekat asrama,adik bolehlah ceritakan masalah adik tu dekat kak-kak yang ada dekat asrama adik tu..mana tau diaorang boleh tolong kan?''...aku hanya tersenyum kecil lantas menjawab,''adik minta maaf kalau adik menyusahkan abang min,adik bukan apa..lagipun adik sendiri tak tau nak cerita dekat siapa..kalau adik ada kakak kan best,betul tak abang min?''
abang min ku hanya tersenyum kecil tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata dari mulutnya..aku hanya membisukan diri..tak tahu apa yang aku perlu katakan lagi..tiba-tiba,aku teringat akan kakak ku dulu..aku mengelamun,ada kalanya aku tersenyum sendirian sambil mengingati saat manis bersama kak iffah syakirah yang amat aku sayangi..setelah beberapa minit kemudian..aku menangis mengenang saat perpisahan ku bersama kak iffah syakirah...sebak hati ku! ketika itu,aku terasa ingin berlari mengejar kakakku yang kian jauh di mata..tapi,apakah dayaku untuk menghalang takdir illahi..aku terpaksa redha..
waktu itu,aku memikirkan bahawa dunia ini kejam kerana telah memisahkan aku dengan kakakku sewaktu aku baru berusia 9 tahun..walhal,waktu itulah aku memerlukan seorang pembimbing untuk teruskan perjuangan ku..hara-hari aku lalui tanpa seorang kakak di sisi memang menyeksakan..aku tak dapat menahan air mata yang berladung di kelopak mata ku ini..aku menangis.aku menangis sekuat-kuat yang aku mahu...tiba-tiba abang min menghampiri ku sambil mengusap-usap kepala ku..aku semakin tenang tapi hati ku masih gundah.tiba-tiba,abang min membisikkan sesuatu di telinga ku,''adik...jangan menangis lagi ye.semua yang terjadi ni ada hikmahnya..adik kenalah sabar dan redha atas semua yang berlaku ni dan yang dah lepas tu,jangan difikirkan lagi..kelak merana diri adik sendiri.ingat pesan abang min tau..abang tau adik menangis sebab teringatkan kak iffah syakirah kan?sabarlah dik...kita tak boleh terus mengharapkan benda yang lepas..hidup ni harus teruskan ke hadapan bukannya ke belakang.abang min yakin,kak iffah syakirah pasti merindui adik di sana juga..jangan risau ye,kalau kita merindui seseorang,kelak seseorang yang kita rindui itu pasti merindui kita lebih dari kita merinduinya..jadi,maknanya kak iffah syakirah sangat merindui adik..jadi,adik jangan sedih lagi ye..''
aku merasakan diriku ini benar-benar merasa tenang..alhamdulillah,aku amat bersyukur mempunyai seorang abang yang amat prihatin akan keadaan adiknya..kata-kata itu,akan ku kenang sampai akhir hayatku..
terima kasih abang min!~
No comments:
Post a Comment