Sunday, 6 November 2011

Ukhuwah Terjalin Kembali


Assalamualaikum pembuka bicara..
Empunya diri ini ingin mengisahkan sebuah kisah yang benar untuk dijadikan ikhtibar kepada pembaca sekalian..
bismillahirrahmanirrahim…

tersebut satu kisah mengenai SAHABAT..

Add caption
seorang perempuan yang amat mementingkan ukhwah yang dibina,dia lebih selesa digelar dengan panggilan ‘adik’ apabila bermesej dengannya.’adik’ mempunyai seorang kawan yang juga diberi gelaran ‘ukh’,yang bermaksud ukhti(kakak).persahabatan mereka amat akrab sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Kelmarin,si ukh dan si adik ini bermasej bersama-sama.mereka membicarakan soal persahabatan antara mereka dan kawan-kawan yang lain yang kini kian melupakan sahabat sendiri sewaktu di bangku sekolah rendah.si adik ini,bersikap berpendirian tegas akan hal-hal sebegini.
Tiba-tiba,satu mesej telah menjamah di telefon bimbit ukh.mesej dari adik berbunyi:

            Sahabat,kadang kala aku pernah berfikir ‘’ya Allah! Engkau mampu menjadikan tsunami! Engkau mampu membuat kejadian lain yang bagi insan lain ia mustahil! Engkau mampu melakukan semua hal! Engkau hebat! Tapi,mengapa,hanya satu permintaan ku yang terlalu kecil untuk melihat ukhwah kami,pelajar-pelajar SKKGB batch 2010 terjalin kembali?mengapa!aku tahu imanku tak seberapa untuk memohon kepadaMu ya Allah!’’
Tapi,bila aku memikirkan kambali,aku tahu,segala yang tertulis ada hikmahnya! Mungkin Tuhan ingin melihat sejauh mana keegoan insan! Mungkin mereka akan sedar setelah melihat jenazah sahabat-sahabat mereka dengan bibir pucat mambisu! Atau setelah melihat sahabat mereka kaku seribu batu? Kembali kepada sejarah sahabat! Persahabatan bukan sejarah!

Ukh terserentak membaca mesej tersebut,tetapi ia memang betul! Tiada satu perkataan di dalam mesej itu pun yang salah.ukh pun membalas mesej tersebut dengan coretan:

            Ya Allah,kami ingin sekali melihat kemanisan ukhwah persahabatan rakan-rakan SKKGB tahun lalu menjadi kenyataan di depan mata kami sendiri! Kami tau bahawa kekuasaanMu meliputi segala-galanya..maka dengan serendah-rendah hati,kami mohon! Engkau perkenankanlah hajat kami! Engkau makbulkanlah doa kami untuk melihat ukhwah yang sekian lama terputus,terjalin kembali! Amin Ya Rabbal A’alamin…

Dengan harapan yang tinggi menggunung,kedua-dua sahabat ini berdoa kepada Allah agar mereka dipertemukan kembali bersama sahabat-sahabat yang lain atas keredhaan Illahi.pada malamnya,ukh menghantar suatu mesej kepada adik.mesej tersebut berbunyi:

            ‘’bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yang terjalin antara kami…tidak!! Haram untuk seseorang muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya.sampai kiamat pun,dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat.’’..sematkan kata-kata sebegini di dalam diri anda,harap maklum~hasil nukilan dalam iLuvIslam.

Tiada sebarang tindak balas daripada adik.sehinggalah keesokannya…

keesokan harinya,suatu berita gembira menjamah kedua-dua insan ini.
Bermulanya perbicaraan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Adik : salam wbt.ukh…nak tau sesuatu? Allah cintakan adik..Allah kirimkan ukh untuk      adik.Allah tugaskan ukh untuk hantar mesej tu..mesej I luv Islam. Tika semalam,adik hantar mesej tu kepada sahabat adik,baru je hantar,sedangkan ia belum menerima report,adik dapat mesej dari dia! Sungguh! Mesej tu hikmat! Ia mampu menyambung kembali.. kepada Rabbi,Alhamdulillah!

Tidak tergambar betapa riangnya wajah adik dan ukh pada ketika itu.Rupa-rupanya tidak sia-sia ukh membuka laman web iLuvIslam semalam dan mengambil sepotong ayat dari tajuk cerita yang berjudul ‘Kerana CINTA Aku Tinggalkan Cinta’.alhamdulillah…dengan perasaan yang terharu ukh membalas mesej tersebut.

Ukh : wsalam wbt…Alhamdulillah!! Syukur pada Allah Tuhan Sekalian Alam.

Adik : kepiluan saat ini,menjanjikan 1000 kebahagiaan kelak..tak apa.nanti mesti ramai lagi yang berubah..disaat itu,kita akan tersenyum ceria!

Ukh : ya! Insya-Allah…

Adik : Amin Ya Rabb..

Bermula saat itu,hati berbunga,keriangan kebahagiaan,ukhwah berpanjangan!

No comments:

Post a Comment